Home » Rahsia dan Misteri Biji Benih Tropika Spesis Rekalsitran by Normah Mohd Noor
Rahsia dan Misteri Biji Benih Tropika Spesis Rekalsitran Normah Mohd Noor

Rahsia dan Misteri Biji Benih Tropika Spesis Rekalsitran

Normah Mohd Noor

Published 2008
ISBN :
Paperback
72 pages
Enter the sum

 About the Book 

Penyimpanan biji benih adalah penting, bukan hanya untuk penanaman dan sumber makanan antara musim, tetapi juga untuk pemuliharaan jangka panjang sumber genetik untuk pembaikan tanaman. Bank biji benih selalunya bergantung kepada pengeringan danMorePenyimpanan biji benih adalah penting, bukan hanya untuk penanaman dan sumber makanan antara musim, tetapi juga untuk pemuliharaan jangka panjang sumber genetik untuk pembaikan tanaman. Bank biji benih selalunya bergantung kepada pengeringan dan pembekuan biji benih sebagai kaedah pemuliharaan. Walau bagaimanapun, biji benih banyak spesies tropika adalah rekalsitran, iaitu tidak toleran terhadap pengeringan dan suhu yang rendah. Sifat rekalsitran ini menjadikan biji benih ini tidak sesuai di simpan/pulihara dalam bank biji benih sepertimana biji benih ortodoks yang toleran pengeringan dan suhu sejukbeku. Antara spesies yang mempunyai biji benih rekalsitran adalah terdiri daripada buah-buahan tropika utama seperti manggis, langsat dan rambai (daripada spesies Garcinia seperti G. mangostana, G. cowa dan G. hombroniana, Lansium domesticum dan Baccaurea motleyana). Sementara itu, genus Citrus mempunyai biji benih ortodoks (C. aurantifolia), rekalsitran (C. suhuuiensis) dan perantara (C. madurensis). Oleh kerana itu, kaedah alternatif bagi pemuliharaan spesies berbiji benih rekalsitran perlu dibangunkan.